Friday, October 7, 2011

Mampukah kita menjadi anak yang soleh/solehah?

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

 Seterusnya lihat http://paapaada.blogspot.com/2011/10/perbuatan-yang-luar-biasakisah-menyayat.html

Ini adalah role dari yang bukan Islam. Bagaimana dengan kita? fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

Telah Sirnakah Engkau Wahai Hati?

Wahai hati,
Telah sirnakah dikau?
Dipaliti hitam dosa,
Hingga tiada kondisi buat cahaya,
Memancar bening hidayah.

Sungguh wahai hati,
Andai benar kau sirna,
Jiwa kini kusut masai,
Emosi berterabur,
Nafsu lawwamah tertawa bongkak,
Bangga menerajui takhta.

Wahai hati,
Kemilaulah nurmu kembali,
Biar kasih-Nya hadir,
Biar hitam noda menghilang,
Menjauh pergi bersama lawwamah,
Aman jasad dan emosi,
Bebas dari cengkamannya.
12.07 pagi, Asrama Pelajar Johor (APJ) Rabaah,
Sabtu, 8 Oktober 2011.

Sunday, October 2, 2011

Saturday, October 1, 2011

Anda Orang Kecil Atau Orang Besar?

           


Sekadar Hiasan
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya. Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua sesuatu. Saya nak tanya. Anda Orang Besar atau Orang Kecil? Mesti anda hairankan! Saya maksudkan dengan pertanyaan saya ialah anda seseorang yang memegang jawatan besar atau seseorang yang memegang jawatan kecil? Saja saya mahu bertanya dengan anda sekalian.
            
            Sebenarnya, siapapun anda dan apapun jawatan anda...anda tetap hamba Allah. Janganlah apabila anda berada di jawatan yang besar, peribadi dan tingkah laku anda berubah. Dan jangan anda merasa kerdil apabila anda memegang jawatan yang kecil atau rendah. Anda adalah anda. Tiada siapa yang merubah diri anda selain dari anda sendiri.Yang paling terbaik apabila anda merubah diri anda jadi yang terbaik kerana Allah S.W.T semata-mata.

            Bila mana saya menyentuh cerita ini, saya terkenang tentang peribadi Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda r.d.a. Mereka tidak pernah mengimpikan jawatan atau kedudukan. Diri mereka menjadi semakin tawadhuk apabila mereka menerima tanggungjawab dari Allah Ta'ala. Banyak cerita yang boleh menjadi teladan dan iktibar buat semua yang berjawatan.

            Secara mudahnya, saya memberikan perumpamaan. Apabila mencecah awan, jangan lupa anda berasal dari bumi. Moga peribadi anda menjadi terbaik dan mampu menjadi teladan kepada yang lain. Sabda Rasulullah S.A.W, "Kulukum ra'in, wa kullukum masulun an raiyyatih" yang bermaksud "Setiap kamu adalah pemimpin, setiap kamu bertanggungjawab dengan setaip apa yang di bawahmu". Diri kita semua adalah pemimpin. Pemimpin terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan juga negara. Semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab kita dengan baik. Amin.