Wednesday, July 23, 2014

ADIK NAK SYURGA
OLEH : NOR FATIMAH KHAIRUDDIN

Gegelung emas sang suria hampir tenggelam di ufuk barat untuk memberi laluan buat sang rembulan bersemayam. Unggas dan bala tenteranya berbaris pulang ke sarang. Mama, ayah dan Along Amirah saling merenung matahari itu hilang dari pandangan seperti hilangnya  Adik dari hidup mereka. Rasa kesal yang sedang subur di dalam hati mereka tiada berguna lagi. Tenggelamnya mereka di dalam kesibukan dunia mereka menyebabkan mereka hampir melupakan insan yang bergelar Adik. Bersemadi jiwa Adik dengan aman bertemu penciptanya.

        _____________________________________

Along Amirah mengambil Adik dari sekolah kala waktu meniti senja. Tiada rasa bersalah sedikit pun yang dirasai Along kerana terlewat. Kedua-dua keningnya terangkat  dan hampir bercantum kehairanan melihat Adik melonjak riang menyambut kehadirannya. Adik masuk ke dalam kereta dan mencium tangan Along sambil melafazkan kata maaf. Walhal, terukir riak penat di wajahnya. Bila ditanya mengapa, hanya dibalas dengan “Adik nak syurga!”.  Along tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku. Dia segera memecut kereta pulang ke rumah.

Mama ralit menyelak dada majalah Mingguan Wanita untuk melihat fesyen terkini dan masakan terbaru. Hobinya bertukar pakaian dan memasak. Mama tergamam apabila  Adik datang memberi salam kepadanya sambil datang menghulurkan tangan kecilnya pada mama. Ciuman penuh hormat diberikan sebaik sahaja mama menghulurkan tangannya. Kehendak Adik dituruti sahaja. Apabila disoal kenapa, Adik hanya menjawab “Adik nak syurga!”. Mama tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Adia dan mengalihkan semula pandangannya ke dada majalah.

Papa begitu asyik menghadap dada computer riba.  Dia bertapa di situ semula setelah berdiri menghadap Tuhannya di akhir Maghrib.  Telinga papa sentiasa tersumbat dengan earphone. Perkhidmatan kerja berlangsung selama 25 jam sehari  bagi memudahkan papa mencari klient. Papa akan terlena di situ. Along yang selalu menyelimutkan tubuhnya setiap hari.

Adik menyentuh paha papa setelah 3 kali ucapan rahmat yang diucapkan tiada berjawab. Mulut papa berkicau kerana terkejut sambil menggosok dada. Tangan papa melayang ke pipi adik tanpa sengaja.  Riak wajah papa tidak sedikitpun membuatkan adik merasa takut atau ngeri. Adik memberi salam setelah papa menanggalkan earphone dari telinga. Papa seolah-olah bena tak bena. Adik menghulurkan tangan dengan wajah selamba sambil memohon maaf atas segalanya. Papa melarikan tangannya sambil mata berpaling semula ke dada komputer riba.

Adik membersihkan diri untuk sembahyang dan pergi mengaji di rumah Mak Yam di seberang jalan. Sembahyang maghrib yang dilaksanakan seolah-olah dia tidak akan kembali lagi. Penuh khusyuk tanpa hirau keadaan sekeliling. Air jernih mengalir di setiap geraknya dan ucapnya. Bahu adik terhingut-hingut menahan esak tangis. Along, mama dan papa pun tidak akan tahu. Tiada siapa pun akan tahu kecuali Yang Maha Satu. Adik amat berharap agar Allah sentiasa menitipkan magfirah-Nya buatnya dan semua yang disayanginya. Tidak lupa juga seluruh umat nabi Muhammad S.A.W. Curahan rahmat dan keberkatan di setiap sisi hidupnya amat dirayu sepenuh hati.

Doa dilafaz dengan makna di hati dan minda penuh harap agar dimakbulkan segalanya. Seusai munajatnya, adik mencapai mushaf hadiah Mak Yam dan diletakkan di dada. Bacaan pertama akan berlagu hari ini.Langkah dibuka dengan Basmalah setelah puas merapikan pakaian yang menutupi tubuhnya. Tangan Along, mama dan papa sempat dicium. Adik menolak pagar dengan perlahan. Senyuman Mak Yam menyambut di kejauhan. Belum sempat langkah kedua dibuka, sebuah kereta Avanza ungu gelap menyambar tubuh kecil Adik. Pandangan adik kabur serentak dengan jeritan Mak Yam.

                         
            _________________________________

Seorang gadis kecil yang diberi nama Lady Diana cukup dikenali di seluruh Kampung Lintang Darat. Kasar. Kerdil orangnya. Kelibat gadis bertudung bawal. Berbaju t-shirt. Berseluar tracksuit. Itulah Adik. Nama Lady. Ops…macam lelaki. Kenalannya dari pelbagai umur, kaum dan jantina. Basikal BMX saiz S temannya di kala petang bertandang. Sifat ramahnya mengundang sayang di hati semua. Umurnya yang baru mencecah angka 10 tidak menghalangnya bergaul mesra.Petah. Suka berlelucon.

Tiada siapa yang tahu hatinya kosong. Ramah sekadar sarung. Penghibur hati luka. Kisah hidupnya selamat dalam karung kehidupan. Tidak bocor. BMX itulah yang jadi kawan pergi balik sekolah. Kadang-kadang dia menapak sejauh 1 km ke rumah jika tayar basikalnya bocor. Senyum jadi jawapan tika pelawaan datang. Pernah adik lambat pulang. Tayar BMXnya merajuk. Muka Adik selamba. Harap mama, papa mahupun Along risau??? Minta maaflah. Terpunduk adik sendirian di depan pagar melihat rumahnya yang sunyi. Rasa pilu menikam dada.

Adik tidak hirau. Mak Yam sedang menunggunya untuk memutalaah bacaan semalam. Hatinya yang sayu menjadi girang . Pujian semalam menghiburkan hati. Adik akan menghabiskan muqaddam tidak lama lagi. Mak Yam akan buat pulut kuning untuk dihantar ke surau jika dia dapat menghabiskan buku muqaddam kulit merah yang dikeleknya selalu. Sedapnya! Adik terliur membayangkan kelazatan serunding daging buatan Mak  Yam.

                _________________________________

 Assalamualaikum Along Fatimah, mama dan papa,  

Adik minta maaf ya jika ada buat salah. Adik sayang semua macam mana Rasulullah s.a.w. sayangkan keluarganya. Doakan adik di dalam doa along, papa dan papa. Adik nak syurga macam yang     cikgu Hasna cakap. Siapa yang buat baik akan dapat syurga. Syurga Allah cantik sangat. Kita jumpa di  sana ya!
                                                                                                                  Ikhlas dari,
                                                                                          Adik.
Coretan di kertas sederhana besar yang renyuk cukup menggambarkan hati adik yang suci dan jujur. Mata Along Fatimah, mama dan papa memerah. Air jernih tidak berhenti menodai pipi. Bersemadilah  Adik di syurga abadi. Kehilangan adik  yang  mendadak mengejutkan semua insan kesayangannya daripada mimpi semalam. Mereka semua berjanji akan sentiasa melimpahkan ayat suci agar jiwa Adik tenang di sana. Mak Yam melangkah pergi dari pusara adik dengan doa dan tangisan yang tidak putus.

Lady Diana sentiasa di dalam memori luka semalam. Moga adik gembira di sana ditemani bidadara yang tampan paras rupanya dan tidak merasa kesunyian lagi.


Tuesday, March 11, 2014

BELAJAR DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN

           Aku kini memulakan langkah pertama setelah beberapa kali jatuh. Sepanjang 'kejatuhan' itu, muhasabah diri semakin menimbun dan dinilai setiap hari. Apa yang salah, dimuhasabah dan dibetulkan. Apa yang betul, dimuhasabah dan dimantapkan lagi. Jauh di sudut hati, aku benar-benar mengharap ini menjadi satu panduan buatku untuk bergerak lebih ke hadapan. Dahiku mencium lantai. Menunduk merayu dan merintih. Di manakah silapku ketika melangkah dan apakah yang perlu aku betulkan???

          Langkah disusun kemas. Segala perancangan ditawakalkan pada-Nya. Fiman Allah Taala : " jika kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah" menjadi azimat buatku menapak kembali. Arena kehidupan menjadi mainan dan memerlukan panduan agar tidak tersalah. Ke mana pun kaki melangkah langit tetap dijunjung. Kembali kepada-Nya tiap kali jiwa keresahan atau ketakutan. Kembali ke pangkuan-Nya tika dihadiahkan kegembiraan.

          Aksara kerinduan pada insan seperjuangan disemat kukuh di hati. Kembara insan mencari diri yang hilang tetap berterusan hingga insan tumbang dan gugur di dalam pencarian. Kembara perjalanan mencari redha Sang Pencipta buat hati terus mengharap agar seandainya kehidupan lebih dikehendaki, moga diberikan kekuatan dan istiqamah untuk meneruskannya. Seandainya kematian lebih dicintai-Nya, hati memohon mengaharap semoga Ilah mematikan sebagai syuhada' dan tiada hutang dunia yang ditagihkan di akhirat kelak.

          Aku terus mengaharapkan doa dari insan-insan  yang berada disekelilingku yang mengenali dan menyayangiku. Mudah-mudahan berkat doa mereka itu, aku terus menjadi thabat dan menghadapi dunia fana' ini dengan penuh kesabaran dalam mengharapkan redha-dari-Nya. Aku terus memesang harapan agar hidupku dapat memberikan manfaat kepada insan yang berada di sekeliling. Selawat dan salam buat Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya dan seluruh umatnya. Selamat sejahtera buat kalian. Mudah-mudahan Allah terus memberikan rahmat dan inayah-Nya buat kalian sehingga di hari bertemu dengan-Nya. AMIN.

Monday, February 10, 2014

OH UJIAN!!!!

               Aku merenung jauh menembusi dinding Mc. Donald memikirkan apa yang akan terjadi esok hari. Kepalaku buntu. Hatiku benar-benar mengharap agar segalanya akan baik-baik sahaja. Segalanya di bawah pengetahuan Yang Maha Esa. Ku gagahkan jua untuk menyusun aksara luahan rasa pada dada buku yang kaku. Ini sahaja cara untuk aku mengusir keluar gurisah yang melanda.

             OhTuhanku! Pinjamkan daku kekuatan-MU!.Aku mahu kuat untuk emenmpuh hari esok dan hari yang mendatang. Hanya kau sahaja yang bisa memahami apa yang tersirat di dadaku! Kau sahaja yang mempu melorongkan jalan keluar buat ujian ini. Aku meyakini bahawa Kau mahu memberikan suatu yang amat berharga buatku!Teruskan bekalkanku kekuatan-Mu...

Monday, November 11, 2013

MASIHKAH KAU INGAT!!

Masihkah kau ingat,
Di kala kau terkapai-kapai sendirian,
Mencari terang cahaya
DIA menghulur tangan-Nya
menarik kau ke pantai bahagia.



Masihkah kau ingat,
Tika kau kegalauan,
Resah tidak berpenghujung,
DIA menarikmu,
Ke dalam dakapan-Nya.

Masihkah kau ingat,
Sesak sempit dadamu,
Air matamu menitis,
DIA menadah telinga-Nya,
mendengar segala rintihan-mu.

Masihkah kau ingat,
Kau sesat di jalanan,
Penuh onak duri,
DIA berikanmu jalan yang lurus,
Aman dari segala gangguan.

Maka,
Basahkanlah bibirmu menyebut nama-Nya,
Walau sedetik cuma,
Pasti kau bahagia di dunia dan akhirat,
Dipayungi redha kasih-Nya senantiasa...

Thursday, May 23, 2013

MISTERI SUBUH

Tepat pukul 5.30 pagi, Cikgu Din akan bangun mengejutkan  semua ahli keluarganya. Anak perempuannya yang sulong akan bangun menjalan tugas harian. Memasak tentulah pakar masaknya hasil air tangan anak daranya yang ketiga untuk hari itu. Memasak ada giliran apada setiap hari. Bilik air akan sentiasa sibuk sehingga pukul 7.30 pagi paling kurang. Isteri tercinta, Cik Nor akan turut sama berkongsi di tengah kesibukan pagi.
         
          Dua orang anak lelaki bersekolah rendah. Cikgu Din akan membawa 2 anak daranya yang lain dan seorang bujang bersama anak-anak murid yang selalu bersamanya ke sekolah dengan menaiki van. Di tengah kekhusyukan yang membungkus suasana, mereka tiba-tiba dikejutkan dengan satu jeritan perempuan. Si kakak sulong yang sedang bersedia untuk menghantar adik lelaki ke sekolah rendah menerpa ke arah suara itu. Rupanya jeritan itu datang dari adik perempuannya yang telah bersedia untuk ke sekolahnya. Dia mengunjukkan telunjuknya ke satu arah. Yang lain tertanya-tanya apa yang berlaku. 

        "Kau kenapa Nik?"

        "Itu ha!!!"

        Ketawa meletus keluar setelah mengetahui apa yang berlaku. Seekor katak kecil melompat keluar dari kasut sekolah milik adiknya. Adik mengangkat-angkat bahu menahan kegelian. Si adik berkata dia tidak mahu memakainya. Si kakak mencadangkan dia mengelap bahagian dalam kasut dengan kain. Berakhir sudah kisah misteri yang berlaku di pagi hari tersebut. Selamat tersenyum panjang lebar.

           

Thursday, January 17, 2013

PadaMu Ku Bersujud

"Ya Allah, rezekikan aku untuk terus dan sentiasa bersujud kepadaMu dengan rasa rendah diri!"



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu



                                               

Tuesday, February 28, 2012

Ya Allah selamatkan saudara kami di Syria

Arus sungai darah Syria kian deras,
Diranduk kejam Syiah Nusairi,
Simbahan api dendam,
Meratah jasad Sunni.

Ulas kalimah Tauhid dicemari,
Topeng Islam dicabut pasti
Oleh tangan sang murtad
Mengagungkan diri bagai tuhan.

Ya Allah, selamatkan saudara kami,
hadiahlah cahaya-Mu
hulurkanlah kasih-Mu
hantarkanlah para jundi-Mu
agar bisa musuh-Mu dilumat.