Thursday, September 15, 2011

Cerpen : JIHAD SEORANG MUALAF



Sekadar Hiasan


Bumi suram tanpa cahaya seolah-olah berkabung. Rintik halus air hujan pula bagai menangisi pemergiannya.  Ramai yang begitu merasai ketiadaannya di bumi fana’. Eman, Yu Law atau Nor Fathullah Law Abdullah, dan insan lain yang dekat dengannya bertafakkur dan sama-sama mendoakan rohnya tenang di alam baqa’. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemuiNya. Itu adalah janji yang pasti dan tidak dapat diubah, diundur atau dipercepatkan.  Dia menemui isterinya yang telah lama kembali dan bahagia di Syurga Fidausil A’la.
                                      ………………………………
Eman dan Eri sampai di Lapangan Terbang Beijing tepat pukul 8.30 pagi waktu Negara China. Sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. Tembok Tinggi China yang bermukim teguh di negara ini adalah salah satu di antara tujuh keajaiban dunia. Mereka akan menaiki limosin dan menemui ibu bapa mereka yang sedang menunggu di banglo dua tingkat di tengah Bandar Shanghai. Segalanya sudah biasa di pandangan mereka berdua. China menjadi negara kedua mereka.
Eman tertarik dengan satu insiden yang sedang berlaku dalam perjalanan mereka. Dia memanggil adiknya yang sedang bermain game.
“Adik, apa kata kita uji ilmu yang kita belajar?”
“O.k juga.”
Eman meminta pemandu memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menarik tangan Eri ke arah kerumun orang ramai dan meminta adiknya bersedia untuk mempamerkan taring mereka. Mereka membuka langkah dengan lafaz Basmallah dan mula menyerang samseng jalanan yang sedang memukul seorang lelaki dewasa yang teruk dikerjakan. Samseng jalanan yang berjumlah lima orang dapat ditumpaskan dalam masa yang sekejap sahaja dan lari dalam keadaan malu. Tepukan tangan dari mereka yang menyaksikan pertarungan yang tidak berbayar tidak memberikan sebarang bekas pada hati mereka. Lelaki yang cedera tadi dibawa pulang ke rumah.
……………………………………………………………………………….
Seusai sembahyang subuh, Eman dan Eri melihat keadaan lelaki yang dirawatnya malam tadi bersama doktor peribadi mereka sekeluarga. Kebenaran dari kedua ibu bapanya benar-benar membuatkan Eman dan Eri berasa gembira setelah berjaya meyakinkan keduanya. Eri cuba mengingati wajah seorang yang dikenali serupa dengan wajah orang yang berada di hadapannya kini.
“Abang, ingat tak siapa yang serupa dengan muka lelaki ini? Eri rasa kita kenal. Cuma, tak ingat.”
“A’ahlah. Abang pun ingat nak tanya Eri kalau teringat. Eri ingat kawan kita masa sekolah menengah dulu tak? Namanya kalau tak silap abang, Yu law!”
“Eri baru teringat abang. Yu Law ada abang kembar yang sekelas dengan Eri. Abang dia seorang pelakon yang popular satu ketika dulu. Lepas itu, dia terus senyap. Abang agak ni Yu Law ke atau abang dia?”
  “Abang masih tak dapat agak sebab mereka banyak persamaan. Sama tinggi, sama bijak, serupa wajah, Cuma Yu Law ada tahi lalat di tangan.”
“Dan abangnya macam Syarifah Aini!” Eri menyambung kata-kata abangnya.
“Jadi inilah abang dia! Namanya tak silap adik, Jude Law! Dan perkara lain, biar dia sahaja yang cerita”.
Eri perasan jemari Jude Law bergerak-gerak. Dia memberikan isyarat kepada abangnya. Eman memanggil Dr. Arman, doktor peribadi keluarga mereka. Muka Eri berubah kemerahan apabila mata Jude Law merenung wajahnya. Aurat Eri masih terjaga kemas. Eman kembali bersama Dr. Arman. Jude Law diperiksa untuk mengetahui tahap kesihatannya. Eri meminta izin untuk beredar kerana malu dengan kehadiran ramai lelaki di situ. Dr. Arman cuba berinteraksi dengan pesakitnya dengan berbahasa china. Eman turut meninggalkan bilik.
……………………………………………………
Seminggu berada di banglo mewah dua tingkat, dia menerima layanan yang baik dan mesra. Dia ingat-ingat lupa di mana dia pernah menemui Eri. Dua sahabat yang telah menyelamatkan dia dari dikerjakan oleh samseng jalanan menumbuhkan rasa kagum di hatinya. Mereka berdua melayaninya tanpa mengira samaada baru kenal atau sudah lama kenal. Hatinya terasa tenang apabila melihat keluarga temannya menunaikan sembahyang. Dia teringat sesuatu bahawa dia pernah bermimpikan satu tempat yang sangat indah. Tempat yang di mana keindahan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun diukir sebagai lukisan.
Jude Law  mahu berbual dengan Eri. Dia terpaksa bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh Eman bahawa Eman mesti berada bersama mereka berdua. Eri cuba bersikap terbuka. Jude Law agak terkejut apabila mengetahui Eman dan Eri mampu bercakap bahasa ibundanya dengan fasih tanpa sebarang kesalahan.
“ Maaf kerana saya mengambil masa kamu berdua.”
“Tidak mengapa. Kami berdua menerima pelawaan awak dengan hati yang terbuka.”
“ Pernahkah kita bertemu?’
“ Sudah tentu, Saya sekelas dengan awak semasa kita di sekolah menengah. Cuma, kamu tak pernah perasan saya ada. Awak terlalu popular masa itu!’
“Oh! Boleh saya tahu apa nama penuh awak, Eri? Mungkin ia akan membantu saya untuk ingat!”
“Nama penuh saya Puteri Erika.”
“ Eman, saya perlukan bantuan kamu. Boleh kamu cuba hubungi adik saya?”
“Yu Law? Saya tak ada masalah.”
“Kami berdua sedia untuk membantu kamu. “
“Terima kasih. Boleh kamu berdua ajarkan saya apa itu islam? Saya mahu jadi sebahagian dari kamu semua!”
“Alhamdulillah. Kami juga sedia untuk mengajar awak. Moga Allah akan permudahkan kerja kami.”
Puan Sarah mengajak anak-anaknya dan tetamunya untuk makan. Mereka mengakhiri perbualan mereka dan sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Senja bakal berlabuh. Malam akan mengambil giliran untuk hadir. Azan maghrib akan berkumandang dari masjid besar berhampiran dengan rumah.
…………………………………………………………………..
Hari ini genap sebulan Jude Law mempelajari Islam dengan bimbingan ibu bapa Eman dan Eri dan dibantu oleh Imam Besar masjid, Haji Azhar Chu Han. Jude Law tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambilnya. Adiknya, Yu Law turut menyokong pilihannya. Yu Law juga menerima hidayah dari Allah. Jude Law amat berharap keluarganya juga mendapat hidayah.
Bulan Ramdhan akan menjelang dua hari lagi. Dia berasa syukur kerana mendapat kekuatan untuk berpuasa penuh pada bulan rejab dan sya’aban. Dia mahu menjalani Ramdhan yang diimpikan oleh seluruh umat Islam. Walaupun dia pernah muntah, pengsan dan tidak tahan lapar masa dia mula berpuasa, itu semua tidak menjadi penghalang baginya untuk terus berpuasa.
Sepertiga malam Khamis, dia bangkit bermunajat kepada Tuannnya. Dia berdoa agar segala dosanya diampunkan. Dia menyebut nama mama dan ayahnya dengan harapan Allah melimpahkan hidayah kepada keduanya. Rasa tenang menyusup ke seluruh jiwanya. Dia terlelap ketika bermunajat. Dia didatangi beberapa orang bidadari yang sangat cantik dan jelita. Salah seorang dari mereka seperti Eri.
“Firman, mahukah kau bersamaku?”
Jude Law atau Nor Firman Law Abdullah hanya menganggukkan kepalanya kerana terpegun dengan kecantikan Eri. Eri menghulurkan tangnnya kepadanya. Firman cuba menyambutnya namun Eri menolak.
“Kau akan bersama denganku apabila sampai waktunya.!”
Penolakan Eri membuatkan dia tersedar. Firman mengucapkan Hamdallah, bertasbih dan berzikir dengan nikmat yang ditunjukkan kepadanya.
……………………………………………………………………………
Pagi 30 Rejab, dia dikejutkan dengan satu berita gembira. Papa Eri, Tuan Megat Akmal melamarnya untuk disatukan dengan puterinya. Firman menerima berita gembira dengan rasa syukur. Mimpi malam semalam mula memberikan tanda. Firman menerimanya dengan rasa rendah diri. Petang 30 Rejab, dia diikat tali pertunangan. Pernikahan pula akan diadakan pada 1 syawal. Yu Law atau Nor Fathullah Law Abdullah mengiringi abangnya.
 Ramadhan dilalui dengan dengan penuh sabar dan syukur. Rasa syukur kerana Allah melahirkannya kali kedua dalam keadaan suci tanpa dosa. Eman sendiri yang memberitahunya begitu. Eri juga kerap menghadiahkannya buku dan cd yang mengandungi lagu-lagu nasyid dan maklumat tentang Islam. Dia terlalu cemburu melihat kebahagiaan Eman dan Eri dan dia terlalu mengimpikannya dan berharap dia dapat merasainya satu hari nanti.
Air matanya mengalir ketika Tuan Megat Akmal memeluknya bagai seorang ayah memeluk anaknya. Eman pula melayannya bagai seorang adik kepada abang. Kepahitan lalu Allah gantikan dengan curahan nikmat yang banyak. Malah, Firman diberikan amanah untuk sama-sama mengepalai syarikat milik keluaraga Eman dan Eri. Dia kini sudah mampu memiliki kenderaan dan rumah sendiri. Dia berkongsi tempat tinggal dengan Eman buat sementara untuk menunggu saat untuk dihalalkan hubungannya dengan Eri.
…………………………………………………………………………..
Hampir setengah bulan Eri berkongsi hidup dengan Firman, suami tercinta. Firman begitu sempurna di matanya. Suaminya menerima dirinya seadanya. Sudah dua bulan mereka berada di Malaysia. Suaminya dalam proses untuk mendapatkan kewarganegaraan tetap Malaysia. Eri kerap menemani suaminya ke Pusat Saraf Negara sebagai salah satu usahanya agar suaminya dapat berjalam secara normal semula. Dia kasihan melihat suaminya berjalan dalam keadaan tempang. Banyak kesulitan yang terpaksa dihadapi dengan kekurangan itu.
Namun kecacatan Firman tidak mengurangkan nilai kasihnya pada suaminya. Isnin malam pada keesokan harinya, Erik terbang semula ke China bersama suaminya untuk menemui ibu mertuanya. Firman yang tahu perangai ibunya yang suka berdendam cuba untuk tidak bersetuju terpaksa menurut kehendak isteri tersayang apabila melihat kesungguhannya.
Hatinya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Ternyata benar gerak hatinya. Ibunya menembak isterinya. Firman segera mencempung tubuh isterinya ke kereta. Dia tidak menghiraukan ibunya. Air mata Firman begitu murah tika itu. Eri yang dapat merasakan dirinya tidak dapat bertahan untuk lebih lama meminta suaminya memeluknya. Firman menurut kata isterinya.
“Abang, halalkan makan dan minum Eri. Eri cintakan abang. Eri ampunkan dosa mama. Dia tak tahu apa-apa. Abang jagakan untuk Eri Abang Eman, Fathullah, papa dan ibu. Eri berharap kita akan sama-sama bertemu di syurga…”
Eri mengucap lafaz syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Firman tidak dapat menahan rasa sedihnya. Tubuh Eri didakapnya erat. Wasiat Eri akan digenggamnya dengan erat. Malam seolah-olah kelam. Sekelam hati mama Firman. Sekelam hati Firamn yang kesedihan dengan pemergian isteri yang tercinta.
………………………………………………………………………..
Firman menghidap demam panas selepas seminggu pemergian isterinuya. Keadaan terlalu lemah. Dia kerap muntah dan pengsan. Tuan Megat Akmal , Puan Sarah, Eman dan Fathullah menjaganya dengan penuh hati-hati. Walaupun masing-masing masih bersedih dengan pemergian Eri, mereka menerima amanah Eri untuk menjaga suaminya dengan penuh tanggungjawab. Firman pada mulanya berdegil untuk tidak pergi ke hospital akhirnya menurut setelah banyak kali dipujuk.
Jawapan yang diterima dari doktor yang memeriksanya benar-benar mengundang duka . Firman disahkan menghidap kanser. Kanser telah memakan sebahagian organ dalamannya. Firman menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka.Dia hanya memiliki tempoh setengah bulan untuk bernafas. Hospital menjadi tempat tinggal utamanya. Firman tetap tersenyum menyambut kedatangan ibu bapa mertuanya, Eman dan adiknya.
Ibu kandungnya datang menziarahinya ketika dia tidak sedarkan diri. Fathullah tidak menyangka ibunya datang untuk melihat abangnya. Firman dalam keadan tenat pada ketika itu. Puan Chen Gu mencium dahi anaknya yang telah dibuangnya. Firman tidak pernah membencinya atau membuangnya. Anaknya itu kerap menghiasi mimpinya. Puan Chen Gu Law kagum melihat keperibadian anak-anaknya setelah memeluk Islam. Mereka tetap menghormatinya walaupun telah berlainan agama.
Fathullah meninggalkan bilik untuk memberi ruang ibunya berbicara dengan abangnya. Firman tersedar dengan izin Allah. Tangan ibunya dicium hormat. Air mata Puan Chen Gu Law bagaikan melimpah dari empangan.
“ Ibu, maafkan dosa saya. Saya mahu menemui isteri saya. Isteri saya sedang menanti di sana. Sampaikan salam saya pada ibu, papa, Eman, Fathullah dan yang lain, ya mama. “
Firman mengucapkan syahadah setelah selesai berkata-kata. Rohnya diangkat ke langit bertemu isterinya. Puan Chen Gu Law menutup kelopak mata anaknya dengan rasa hiba. Dia meredhakan pemergian anaknya. Dia berdoa dengan tulus agar anaknya bahagia bersama menantunya di dunia sebelah sana. Fathullah menerpa ke arahnya ketika melangkah keluar dari wad icu. Dia dapat menangkap sesuatu dari roman wajah ibunya. Pemergian abangnya lebih cepat dari waktu yang dijangka. Dia mengkhabarkan kepada keluarga mertua abangnya. Fathullah berdoa agar dia dapat meninggalkan dunia dalam keadaan islam seperti abangnya.
………………………………………………………………                                                           

No comments:

Post a Comment