Thursday, September 15, 2011

JASA GURU TIDAK TERNILAI

        




          Jasa seorang guru sungguh tidak ternilai. Jasanya dalam mendidik anak bangsa. Jasanya dalam melahirkan generasi dai'e yang bertaqwa. Itulah dia seorang guru. Keikhlasannya dalam menyampaikan amanat Tuhannya akan terkesan di dalam jiwa setiap anak muridnya. Guruku, terima kasih di atas segala jasamu. Jasamu terlalu besar. Tidak mampu untuk ku balas dengan harta sepenuh bumi atau wang ringgit yang bernilai jutaan ringgit. Akan ku kenang seluruh jasamu dalam mendidik kami.
         
            Kata-kata ini kutujukan khas buat guruku yang bernama Ustaz Mohd Arif bin Jasiman. Walaupun 5 tahun sudah daku meninggalkan Maahad Johor, namun gelak tawanya, nasihatnya dan ingatannya pada kami tetap terakam kemas di benak fikiran. Dialah guru yang daku, pelajar-pelajar batchku dan batch bawahku amat sayangi. Allah sahaja yang mampu membalas segalanya. Terima kasih guruku. Jasamu tetap kami kenang selamanya. Sumber gambar dan maklumat dari :

No comments:

Post a Comment